Ahad, 19 April 2009

Everton ke final

LONDON: Penjaga gol Everton, Tim Howard muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan dua sepakan penalti, sekali gus meletakkan kelab Merseyside itu ke final Piala FA selepeas menewaskan Manchester United 4-2 menerusi penentuan penalti, malam tadi.

Selepas Tim Cahill menyepak bola tinggi untuk memberi kelebihan awal buat United selepas kedudukan terikat 0-0 sehingga waktu tambahan, Howard tampil menyelamatkan sepakan Dimitar Berbator dan Rio Ferdinand. Everton akan bertemu Chelsea dalam final selepas barisan London itu menewaskan kelab jiran, Arsenal dalam satu lagi separuh akhir kelmarin.

Dengan United menurunkan pemain muda, Danny Welbeck dan bintang sensasi, Frederico Macheda di bahagian depan dibantu tonggak berpengalaman, Carlos Tevez, juara 11 kali itu jelas berdepan kesukaran untuk menembusi pertahanan Everton.

Berbatov sekadar diletakkan di bangku simpanan manakala Wayne Rooney langsung tiada dalam senarai pemain dengan Paul Scholes, Patrice Evra dimasukkan pada separuh masa kedua ketika jentera serangan tampak ketandusan idea.

Peluang ini membuka peluang kepada Everton yang kali terakhir memenangi kejohanan itu pada 1995 apabila menundukkan United 1-0, untuk terlebih dulu mengancam pada minit ke-19 apabila Louis Saha begitu hampir mencuri bola daripada Foster dalam keadaan kelam kabut di depan gol.

p/s:kpd alex fergusonsape suh ang turunkn 2nd team.hu2.