Ahad, 19 April 2009

Piala FA: Chelsea ke final

Photobucket

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kanan) berjaya memperdaya penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski seterusnya menjaringkan gol kemenangan perlawanan pada pertemuan Separuh Akhir Piala F.A di Stadium Wembley, London, awal pagi tadi. Chelsea 2 Arsenal 1.

LONDON: Gol lewat Didier Drogba menjamin kemaraan Chelsea ke final Piala FA selepas membenam Arsenal 2-1 dalam pertentangan sengit separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Gol kemenangan itu terhasil pada minit ke-84 untuk memecah kebuntuan selepas jaringan Florent Malouda, minit ke-33, menghapuskan kelebihan awal Arsenal yang dicipta Theo Walcott pada minit ke-18.