Jumaat, 17 April 2009

United jadi kelab Inggeris pertama menang d'Porto

Photobucket

RONALDO (kiri) meraikan jaringan bersama, Wayne Rooney dalam saingan suku akhir kedua bertemu Porto di Stadium Dragon, kelmarin. United menang 1-0 dan layak dengan agregat 3-2.
PORTO: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson meramalkan satu 'pertarungan hangat' antara dua kelab Inggeris apabila mereka menentang Arsenal nanti selepas anak didiknya menyingkirkan Porto 1-0 dalam saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.
Juara bertahan Eropah itu muncul kelab Inggeris pertama untuk merakamkan kemenangan di Porto dan akan bertemu skuad Arsene Wenger dalam saingan separuh akhir pada 29 April ini untuk mengesahkan tiket ke final di Rome, bulan depan.
United harus berterima kasih kepada bintang Portugal, Ronaldo yang meledakkan rembatan menakjubkan dari jarak 35 meter membantu United melakar kemenangan untuk mara dengan agregat 3-2.
Ferguson mengakui dia bersedia menerima kemenangan dengan jaringan kecil apabila Gunners berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan pertama, 29 April ini.
Walaupun pengurus berbangsa Scotland ini memuji pencabarnya, kedua-dua kelab ini jarang memiliki hubungan mesra, termasuk paling dikenang ialah insiden yang digelar “pizzagate” pada 2004 apabila pemain Arsenal melontar pizza ke arah Ferguson selepas United secara kontroversi menamatkan rekod 49 perlawanan tanpa kalah kelab itu.